Pages
PowerPoint Bahan Bantu Mengajar.
Labels:
PowerPoint Bahan Bantu Mengajar.
Posted by
Unknown
Tuesday, 23 April 2013
BORANG RUMUSAN HAKIM
Labels:
Pidato
Posted by
Unknown
|
(Diisi oleh semua hakim)
PERTANDINGAN PIDATO PIALA
DIRAJA
PERINGKAT KEBANGSAAN
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN SYARAHAN
Labels:
Pidato
Posted by
Unknown
SEMPENA PERAYAAN HARI KEBANGSAAN
*************************************************
1.0 Pengenalan
Pidato ialah
satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul
konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang
berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan,
sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian
pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti
dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato
adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan
hujah lawan. Justeru pertandingan pidato ini
dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan
zaman.
Jadual Penentu Ujian (JPU)
Labels:
Jenis Penilaian Ujian
Posted by
Unknown

Pendahuluan
Jadual Penentu Ujian (JPU) merupakan satu “ blue print” yang dapat membantu guru-guru menyediakan soalan-soalan ujian mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan untuk menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan yang tinggi. Oleh itu, setiap ujian yang disediakan oleh guru memerlukan perancangan yang rapi.
Jenis Penilaian Bahasa
Labels:
Jenis Penilaian Bahasa
Posted by
Unknown
Monday, 4 March 2013
1.0 Jenis Penilaian Bahasa
Pendahuluan
Penilaian merupakan satu
proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang
berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Oleh itu,
penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya,
yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
PLBS di sekolah
Labels:
PLBS di sekolah
Posted by
Unknown
Pendahuluan
PLBS ialah proses pentaksiran lisan yang
dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran didalam atau pun di luar bilik
darjah. Mata pelajaran yang terlibat dalam PLBS ialah Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 3 bagi sekolah menengah.
ITEM PENTAKSIRAN
Labels:
ITEM PENTAKSIRAN
Posted by
Unknown
Sunday, 3 March 2013
|
Aplikasi
|
|
|
|
Sintesis
|
|
Kefahaman
|
|
Penilaian
|
Soalan 1
hingga Soalan 20
Konstruk : Pengetahuan
Aras :
Rendah
Tatabahasa : Kata Kerja
|
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1.
Ibu sedang
_______________________ beberapa batang pokok bunga di halaman rumah.
A mencucuk
B mengubah
C menanam
D menyodok
|
Konstruk : Aplikasi
Aras :
Sederhana
Tatabahasa : Imbuhan
|
2.
‘’ Peranan Antidadah Kebangsaan ialah
________ gejala penyalahgunaan dadah di negara kita’’.Perkataan yang
sesuai untuk mengisi tempat kosong ialah
A merawat
B mencegah
C mengubat
D memeriksa
|
Konstruk : Kefahaman
Aras : Rendah
Tatabahasa : Kata Adjektif
|
3.
Hatinya
_________________ apabila menerima berita bahawa ibunya sakit tenat di kampung.
A pedih
B gempar
C rungsing
D murung
|
Konstruk : Pengetahuan
Aras : Rendah
Tatabahasa : Kata Adjektif
|
4.
Ucapannya meleret-leret
________________ membosankan tetamu yang hadir.
A jika
B hingga
C kerana
D apabila
|
Konstruk : Pengetahuan
Aras : Rendah
Tatabahasa : Imbuhan
|
5.
“Tolong
________________ telur untuk sarapan pagi ini,” kata emak kepada kakak.
A masukkan
B tanakkan
C rebuskan
D renehkan
|
Konstruk : Aplikasi
Aras :
Sederhana
Tatabahasa : Kata GantiNama
|
6.
‘’Silalah singgah ke rumah
__________________ apabila _________________
datang ke Segamat pada cuti sekolah nanti,’’ pelawa Radzi kepada Amri.
A aku…mereka
B kami…kalian
C
kalian…saya
D saya…awak
|
Konstruk : Kefahaman
Aras : Rendah
Tatabahasa : Kata Arah
|
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7.
Kucing Wani ada
di _______________ kotak.
A tepi
B atas
C dalam
D hadapan
|
Konstruk : Kefahaman
Aras : Rendah
Tatabahasa : Kata Perintah
|
8.
______________
semua murid berada di dalam dewan.
A Minta
B Tolong
C Jemput
D Usah
|
Konstruk : Pengetahuan
Aras : Rendah
Tatabahasa :Kata Sendi Nama
|
9.
Penulis muda itu cuba menyiapkan novelnya
_______________ lewat malam.
A pada
B di
C ke
D hingga
|
Konstruk : Pengetahuan
Aras : Rendah
Tatabahasa : Kata Nama
|
10.
Kebanyakan lelaki memakai
_________________ pada pagi hari raya ketika bersembahyang di masjid.
A baju melayu
B baju kurung
C baju baharu
D baju kemeja
|
Konstruk : Penilaian
Aras : Tinggi
Tatabahasa :Ayat Penyata
|
Berdasarkan soalan
11 dan 12 pilih ayat yang sesuai bagi pernyataan di bawah.
11.
Mengapakah adik kamu menangis malam tadi?
A Mungkin perutnya kembung.
B Saya pun tidak tahu mengapa adik saya menangis.
C Adik saya memecahkan pasu bunga ibu.
D Kaki adik saya sakit kerana terpijak paku.
12.
Di
manakah kampung ibu kamu?
A Ibu akan pulang ke kampung minggu depan.
B Kampung ibu saya di Segamat, Johor.
C Di kampung ibu saya ada ladang kelapa sawit.
D Saya suka pulang ke kampung ibu saya.
|
Konstruk : Sintesis
Aras : Tinggi
Tatabahasa :Ayat Tanya
|
Berdasarkan soalan13
pilih ayat tanya yang sesuai bagi pernyataan di bawah.
13.
Bas
persiaran itu akan bertolak pada pukul 11.00 malam ini.
A Di manakah bas persiaran itu akan bertolak?
B Kemanakah bas persiaran itu akan bertolak?
C Bilakah bas persiaran itu akan bertolak?
D Bagaimanakah bas persiaran itu akan bertolak?
|
Konstruk : Sintesis
Aras : Tinggi
Tatabahasa :Ayat Tanya
|
Berdasarkan soalan 14
pilih ayat tanya yang sesuai bagi pernyataan di bawah.
14.
Farrah
menangis kerana dirotan oleh bapanya.
A Kenapa Farrah menangis?
B Mengapa ayah Farrah memukulnya?
C Siapakah yang merotan Farrah?
D Mengapakah Farrah menangis?
|
Konstruk : Kefahaman
Aras : Rendah
Tatabahasa : Kata Adjektif
|
Soalan 15 dan 16
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang
bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
15.
Abang kelihatan segak apabila memakai baju Melayu siap dengan kain sampingnya.
A
Tampan
B
Comel
C
Bergaya
D Cantik
16.
Perhubungan mereka menjadi semakin genting akibat salahfaham.
A
Cemas
B
Tegang
C
Buruk
D
putus
|
Konstruk : Analisis
Aras : Sederhana
Pemahaman:Puisi
|
Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di
bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harusdicari hingga ke mati.
Gembira sungguh
di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya
ada bermacam kaya,
Ilmu
di dada paling bererti.
Pak
Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Hati gembira apabila bertemu,
Setelah
lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.
17.
Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?
A Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
B Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
C Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
D Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.
|
Konstruk : Analisis
Aras : Sederhana
Pemahaman: Puisi
|
18.
Menurut puisi
di atas, sikap suka bertanya boleh
A menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.
B membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
C menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
D menjadi jambatan ilmu kepada orang yang
rajin membaca.
19.
Semua pernyataan berikut adalah benar,
kecuali
A kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.
B kekayaan yang paling bermakna ialah kaya
ilmu'.
C membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.
D Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.
20.
Tajuk yang
paling sesuai bagi puisi di atas ialah
B Faedah Ilmu
C Pantun Ilmu
D
llmuDalamPantun
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Subscription
Search this blog
About Me
KATEGORI
- bmm (1)
- ITEM PENTAKSIRAN (1)
- Jenis Penilaian Bahasa (1)
- Jenis Penilaian Ujian (1)
- Kemahiran Menginterprestasi Data (1)
- KONTRAK LATIHAN TAHUN 4 (1)
- Pidato (2)
- PLBS di sekolah (1)
- PowerPoint Bahan Bantu Mengajar. (1)
- Refleksi (1)
- video peperiksaan (1)
Popular Posts
-
Pendahuluan Jadual Penentu Ujian (JPU) merupakan satu “ blue print” yang dapat membantu guru-guru menyediakan soalan-soalan ujian...
-
SEMPENA PERAYAAN HARI KEBANGSAAN ************************************************* 1.0 Pengenalan Pidato ialah sat...
-
Refleksi Semasa menjalankan kerja kursus ini, kami diminta menyediakan folio lengkap secara berpasangan dan menyiapkan kerja kursus se...
Powered by Blogger.






