ITEM PENTAKSIRAN

Labels:



Aplikasi



Sintesis
PETUNJUK :

Kefahaman

Penilaian

Soalan 1 hingga Soalan 20
Konstruk      : Pengetahuan
Aras               : Rendah
Tatabahasa  : Kata Kerja

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1.      Ibu sedang _______________________ beberapa batang pokok bunga di halaman rumah.
A  mencucuk
B  mengubah
C  menanam
D  menyodok

Konstruk      :  Aplikasi
Aras               : Sederhana
Tatabahasa  : Imbuhan

2.       ‘’ Peranan Antidadah Kebangsaan ialah ________ gejala penyalahgunaan dadah di negara kita’’.Perkataan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong ialah
A  merawat
B  mencegah
C  mengubat
D  memeriksa
Konstruk      : Kefahaman
Aras               : Rendah
Tatabahasa  : Kata Adjektif

3.      Hatinya _________________ apabila menerima berita bahawa ibunya sakit tenat di kampung.
A  pedih
B  gempar
C  rungsing
D  murung

Konstruk      : Pengetahuan
Aras               : Rendah
Tatabahasa  : Kata Adjektif

4.      Ucapannya meleret-leret ________________ membosankan tetamu yang hadir.
A  jika
B  hingga
C  kerana
D  apabila

Konstruk      : Pengetahuan
Aras               : Rendah
Tatabahasa  : Imbuhan

5.      “Tolong ________________ telur untuk sarapan pagi ini,” kata emak kepada kakak.
A  masukkan
B  tanakkan
C  rebuskan
D  renehkan

Konstruk      : Aplikasi
Aras               : Sederhana
Tatabahasa  : Kata GantiNama

6.      ‘’Silalah singgah ke rumah __________________ apabila _________________ datang ke Segamat pada cuti sekolah nanti,’’ pelawa Radzi kepada Amri.
A  aku…mereka
B  kami…kalian
C  kalian…saya
D  saya…awak

Konstruk      : Kefahaman
Aras               : Rendah
Tatabahasa  : Kata Arah

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7.      Kucing Wani ada di _______________ kotak.
A  tepi
B  atas
C  dalam
D  hadapan




Konstruk      : Kefahaman
Aras               : Rendah
Tatabahasa  : Kata Perintah

8.      ______________ semua murid berada di dalam dewan.
A  Minta
B  Tolong
C  Jemput
D  Usah

Konstruk      : Pengetahuan
Aras               : Rendah
Tatabahasa  :Kata Sendi Nama

9.      Penulis muda itu cuba menyiapkan novelnya _______________  lewat malam.
A  pada
B  di
C  ke
D  hingga

Konstruk      : Pengetahuan
Aras               : Rendah
Tatabahasa  : Kata Nama

10.   Kebanyakan lelaki memakai _________________ pada pagi hari raya ketika bersembahyang di masjid.
A  baju melayu
B  baju kurung
C  baju baharu
D  baju kemeja

Konstruk      : Penilaian
Aras               : Tinggi
Tatabahasa  :Ayat Penyata

Berdasarkan soalan 11 dan 12 pilih ayat yang sesuai bagi pernyataan di bawah.
11.   Mengapakah adik kamu menangis malam tadi?
A  Mungkin perutnya kembung.
B  Saya pun tidak tahu mengapa adik saya menangis.
C  Adik saya memecahkan pasu bunga ibu.
D  Kaki adik saya sakit kerana terpijak paku.

12.   Di manakah kampung ibu kamu?
A  Ibu akan pulang ke kampung minggu depan.
B  Kampung ibu saya di Segamat, Johor.
C  Di kampung ibu saya ada ladang kelapa sawit.
D  Saya suka pulang ke kampung ibu saya.

Konstruk      : Sintesis
Aras               : Tinggi
Tatabahasa  :Ayat Tanya

Berdasarkan soalan13 pilih ayat tanya yang sesuai bagi pernyataan di bawah.
13.   Bas persiaran itu akan bertolak pada pukul 11.00 malam ini.
A  Di manakah bas persiaran itu akan bertolak?
B  Kemanakah bas persiaran itu akan bertolak?
C  Bilakah bas persiaran itu akan bertolak?
D  Bagaimanakah bas persiaran itu akan bertolak?




Konstruk      : Sintesis
Aras               : Tinggi
Tatabahasa  :Ayat Tanya

Berdasarkan soalan 14 pilih ayat tanya yang sesuai bagi pernyataan di bawah.
14.   Farrah menangis kerana dirotan oleh bapanya.
A  Kenapa Farrah menangis?
B  Mengapa ayah Farrah memukulnya?
C  Siapakah yang merotan Farrah?
D  Mengapakah Farrah menangis?


Konstruk      : Kefahaman
Aras               : Rendah
Tatabahasa  : Kata Adjektif

Soalan 15 dan 16
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

15.   Abang kelihatan segak apabila memakai baju Melayu siap dengan kain sampingnya.
A Tampan
B Comel
C Bergaya
D Cantik

16.   Perhubungan mereka menjadi semakin genting akibat salahfaham.
A Cemas
B Tegang
C Buruk
D putus

Konstruk      : Analisis
Aras               : Sederhana
Pemahaman:Puisi

Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harusdicari hingga ke mati.
Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.
Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.

17.   Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?
A  Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
B  Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
C  Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
D  Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.




Konstruk      : Analisis
Aras               : Sederhana
Pemahaman:  Puisi

18.   Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh
A  menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.
B  membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
C  menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
D  menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.

19.   Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali
A  kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.
B  kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.
C  membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.
D  Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.

20.   Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah
A  Mari Berpuisi
B  Faedah Ilmu
C  Pantun Ilmu
D  llmuDalamPantun

0 comments:

Post a Comment