Refleksi

Labels:



Refleksi
Semasa menjalankan kerja kursus ini, kami diminta menyediakan folio lengkap secara berpasangan dan menyiapkan kerja kursus secara individu.Aspek yang diperhatikan adalah dari segi penyediaan  folio, penyediaan JSU dan pelaksanaan PLBS di sekolah.


                   Penyediaan folio secara berpasangan merupakan pengalaman baru bagi saya.  Walaupun tugasan ini nampak mudah tetapi bahan-bahan rujukan tentang pentaksiran adalah terhad. Kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan folio kerana keliru dengan isi kandungan yang perlu dimasukkan kedalam folio. Masing-masing cuba memberi pendapat, tetapi tidak ada penyelesaian. 
                  Begitu juga, penyediaan JSU merupakan pengalaman baru bagi kami kerana sebelum ini , kami tidak pernah diberi tugasan membina soalan peperiksaan dan JSU di sekolah. Banyak aspek perlu dititik beratkan semasa pembinaan JSU seperti jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan.  Selain itu, bilangan masa mengajar juga diambil kira untuk setiap topik. Pembinaan JSU bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak boleh dibina secara sembarangan. JSU yang baik dapat menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. 
                  Masalah lain yang kami hadapi ialah mendapat bahan-bahan semasa pelaksanaan PLBS.  Guru-guru tahap dua kurang memberi respon terhadap soalan- soalan yang kami kemukakan. Ada juga guru-guru tahap dua yang tidak melengkapkan buku rekod PLBS murid, menyebabkan kami menghadapi masalah mendapatkan bahan yang diperlukan.
                  Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan untuk melengkapkan tugasan kami. Walaupun perbincangan kami secara berkumpulan, tetapi setiap hasil tulisan kami adalah secara individu.Saya menyedari bahawa tugasan secara berpasangan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan,hasil dari pada perbincangan yang dijalankan.  Walaupun mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan tetapi bahan rujukan yang kami dapati lebih berkualiti berbanding dengan tugasan yang dilakukan secara individu.
                  Penyediaan JSU adalah sesuatu yang baru dan saya tidak mengerti apakah maksudnya. Setelah melakukan kerja kursus ini, barulah saya memahami maksud JSU ini. Selain ini, saya juga dapat mengetahui cara-cara membuat soalan tatabahasa mengikut  JSU yang sesuai.  Semua perkara ini wajar kita fahami dan laksanakan dengan baik.
                 
                 Hati saya tersentuh apabila melihat keadaan buku rekod prestasi PLBS  Tahun 4, 5, dan 6.  Kandungan buku rekod PLBS diisi dengan lengkap pada tahun 1,2, dan 3, tetapi pada tahun 4, 5, dan 6, sesetengah guru tidak melengkapkan buku rekod tersebut kerana mereka lebih mementingkan peperiksaan UPSR.  Guru-guru sepetutnya tidak boleh mengabaikan aspek penilaian keatas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap pembelajaran aktif.Perkembangan kognitif, bahasa, emosidan social perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.
                  Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru Bahasa Melayu,  kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak murid supaya dapat melahirkan murid yang terampil bertutur dalam pelbagai situasi serta mempunyai kemahiran dan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan.





0 comments:

Post a Comment