1.0 Jenis Penilaian Bahasa
Pendahuluan
Penilaian merupakan satu
proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang
berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Oleh itu,
penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya,
yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dengan itu,
penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan aktiviti penilaian dilaksanakan untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan, mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang
telah dipelajari,
dan mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.
Terdapat beberapa jenis ujian,
iaitu ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan,
ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian
|
Ujian Formatif
Bahan atau alat ujian
yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa
yang telah diajar disebut sebagai ujian formatif.
Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada
unit tertentu dalam pendidikan bahasa.
Ujian formatif dijalankan berasaskan sesuatu kemahiran, sub
kemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalamj angka masa yang
pendek seperti mingguan dan bulanan. Tujuannya adalah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai
sub kemahiran bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman, aspek tertentu dalam tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan atau
/ dan akhiran, atau ujian perbendaharaan kata tentang beberapa sinonim dan antonim
yang boleh digolongkan dalam ujian jenis ini. Aktiviti boleh dijalankan secara formal
dan tidak formal semasa waktu pelajaran dengan secara individu,
kumpulan atau secara kelas.Contohnya dalam bulan Januari, guru telah mengajar muridnya
10 simpulan bahasa,
dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang simpulan bahasa yang
telah diajar dalam bulan itu. Ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa kerana formatif diasaskan dan dibina secara terhad.
Ujian Sumatif
Bahan atau alat ujian
yang dibina oleh guru untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa
yang telah diajar dikenali sebagai Ujian Sumatif. Tujuannya untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa
unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Sikap pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk ujian Sumatif ini diasaskan dan dibina secara meluas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Sebagai contohnya ujian bahasa
yang dijalankan oleh guru ketika ujian akhir semester dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
yang
dijalankan pada penghujung persekolahan menengah rendah dan menengah atas adalah ujian bahasa
yang bercorak Sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang
diuji adalah banyak dan menyeluruh seperti lisan, bacaan dan penulisan. Aspek bahasa yang
lain seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, semantik, dan peribahasa
(simpulan bahasa atau / dan perumpamaan), dan seumpamanya kerap juga menjadi bahan ujian dalam ujian bahasa
yang bercorak Sumatif.
Perbezaan Ujian Formatif ditunjukkan dalam
rajah 2 yang berikut.
|
|||||
|
|||||
|
Ujian Kemajuan merupakan ujian
yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di
sepanjang pembelajaran mereka. Ujian Kemajuan ini bertujuan untuk mengukur keupayaan atau kecekapan murid melakukan sesuatu tugas.
Di
samping itu keupayaan murid-murid melakukan beberapa tugasan lain turut diuji sebagai ukuran tambahan.
Ujian Kemajuan ini dijalankan dengan kaedah bebas
yang melibatkan dua aktiviti. Aktiviti pertama ialah pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat daripada murid-murid. Pemerhatian dijalankan ketika murid-murid melaksanakan tugasan
yang diberikan. Aktiviti kedua pula ialah laporan kendiri
,iaitu murid-murid penilaian kendiri melalui soal selidik tertentu, yang
dapat menilai prestasi dirinya. Ketika pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,
guru
boleh menjalankan ujian kemajuan ini untuk menguji pencapaian kemahiran bertutur khususnya,
untuk menguji kemajuan murid-murid yang menghadapi masalah pertuturan.
Ujian Pencapaian
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah mengusai kemahiran,
bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit
pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangka masa yang
ditetapkan boleh ditentukan oleh dua set ujian yang berlainan,
iaitu ujian pra dan ujian pos.
Tujuan utama ujian pencapaian adalah untuk mengukur sejauh mana seseorang murid telah dapat mengusai tajuk-tajuk
yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.Di samping itu,
ujian pencapaian juga amat berguna untuk menentukkan kesediaan murid-murid menerima tajuk baharu.Selain itu,
ujian pencapaian ini juga membolehkan guru mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid-murid untuk tajuk-tajuk yang diuji.
Sehubungan itu,
terdapat dua jenis ujian pencapaian yang boleh dijalankan oleh guru yang selari dengan ujian formatif dan sumatif, iaitu
(i) ujian rujukan norma dan (ii) ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma digunakan untuk membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid-murid lain,
contohnya dalam peperiksaan UPSR, manakala ujian rujukan kriteria pula
membandingkan pencapaian murid-murid dengan beberapa kriteria tertentu contohnya,
latihan mengenal pasti imbuhan yang sesuai untuk perkataan.
0 comments:
Post a Comment