RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Labels:





RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN DUA


TEMA
 4.  SENI DAN BUDAYA
TAJUK
 Unit 14.  Makanan  Tradisional
Hasil  Pembelajaran



Standard Pembelajaran


1.4.1




2.2.3


Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila

Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.


OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat :

i.  Berbual dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak 
    formal secara bertatasusila.


ii.  Membaca dan memahami ayat majmuk daripada petikan  
    dengan sebutan yang betul.

iii. Menulis kata adjektif daripada dalam petikan tersebut.


iv.Menjawab 4 daripada  6  soalan kefahaman dengan betul
   



PENGISIAN KURIKULUM

i.          Ilmu : Keusahawanan
ii.         Nilai : Kerjasama, kesyukuran, kerajinan.
iii.        KBT : Keusahawanan ( sikap dan pemikiran                                         keusahawanan )


SISTEM BAHASA


Tatabahasa   :           kata adjektif
Kosa kata      :           tradisional, kembang, garing, 

MEDIA
Lampiran aktiviti, lembaran kerja



Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan

SET
INDUKSI
(5 MINIT)


Makanan Tradisional
( kuih baulu )

Seorang murid diminta ke hadapan kelas dan guru menutup matanya.

Guru meletakkan sepinggan kuih baulu di hadapan murid tersebut .   Murid tersebut diberi peluang memegang dan menghidu makanan itu dan cuba meneka nama makanan tersebut.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini ‘ Makanan Tradisional ‘

Setiap murid diberi rasa kuih baulu tersebut.

Guru menayangkan video cara membuat kuih baulu.



BBM :
-Bahan maujud
 kuih baulu
-Komputer/LCD

Ilmu:
Kajian Tempatan

Nilai:
Kerjasama
Kesyukuran


KBT:
Kemahiran Berfikir
Pembelajaran Kontekstual
        

LANGKAH 1
(15 MINIT)

Membaca dialog

Ayat Tanya
Ayat Penyata
Secara rawak, guru meminta 4 orang murid keluar di hadapan kelas.

Guru mengedarkan lampiran 1 kepada murid tersebut dan diminta membaca dialog  dengan intonasi yang betul.

Semua murid yang lain diminta mendengar dialog tersebut dengan baik.

Guru meminta 4 orang murid lain ( secara bergilir-gilir ) berdialog tanpa melihat pada teks tersebut.

Guru membimbing murid bertutur dengan betul.
BBM;
Lampiran 1

Ilmu:
Pendidikan Moral

Nilai:
Kerjasama

KBT:
Kemahiran Berfikir



LANGKAH 2
(15 MINIT)


Membaca Petikan dan  mencari kata adjektif daripada petikan.

( Kuih Baulu )


Kata adjektif;
-       Cantik
-       Wangi
-       Manis
-       Keras
-       Lembut
-       Hapak


Guru mengedarkan petikan teks ’Kuih Baulu’ kepada setiap murid.

Guru membimbing murid untuk membaca petikan secara kelas, kumpulan  dan individu dengan sebutan yang betul.

Guru dan murid berbincang tentang keistimewaan kuih baulu tersebut.

Secara berkumpulan,murid diminta berbincang mencari dan menulis kata adjektif daripada dalam petikan tersebut.

Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.


BBM;
Lampiran 2

Nilai:
Keberanian
Kerajinan

Ilmu:
EMK – keusahawanan

KBT:
Kemahiran berfikir,



LANGKAH 3
(20 MINIT)


Membaca Petikan

( Kuih Baulu )
 
Soalan;

1. Apakah bentuk kuih baulu ?

2. Bahan apakah yang digunakan untuk membakar kuih baulu?


3. Apakah rasa kuih baulu ?

4.Bagaimanakah   
   keadaan kuih  
   baulu jika terlebih
   tepung ?

5.Bagaimanakah  
   keadaan kuih
   baulu jika tidak
  dibakar sehingga
  betul-betul masak?


6.Bolehkah kuih
   baulu disimpan
   lama?


Murid diminta membaca petikan teks’Kuih Baulu’ sekali lagi.

Guru dan murid berbincang tentang kefahaman teks tersebut.

Murid diminta menjawab soalan kefahaman tersebut.
Lampiran  3


BBM;
Lampiran 2
Lampiran 3
( Pentaksiran )

Nilai:
Keberanian
Kerajinan

Ilmu:
EMK – keusahawanan


KBT:
Kemahiran berfikir,
Pembelajaran Kontekstual



Lembaran kerja















Pemulihan: ( bil. murid : 6 orang daripada 30 orang murid)

Murid dibimbing membaca ayat penyata dan ayat majmuk dengan betul dan menggariskan kata adjektif bagi jawapan yang tepat.







BBM-
Lampiran  4 ,
Lampiran 5
        
        

Nilai- Ketekunan


KBT: Kemahiran Berfikir,  


Lembaran kerja

Pengayaan:(bilangan murid-24 orang daripada 30 orang).

Murid diminta mengisi jawapan pada ruangan kosong  dengan kata adjektif yang betul.

Murid diminta memastikan jawapan yang diberikan adalah betul.



PENUTUP
(5 MINIT)


Menyebut nama-nama kuih tradisional

Guru bersoal jawab dengan murid tentang nama-nama kuih tradisional.

Murid diminta menyebut rasa kuih-muih  yang ditunjukkan.



Nilai
-bersyukur
-Menghargai

REFLEKSI                   :   
















                                                                                                                              Lampiran  1















Mei Lin           :  Apakah nama kuih ini?
Imran              :  Inilah kuih baulu. Kuih ini makanan tradisional orang Melayu.
Raju               :  Bilakah kuih ini disediakan ?
Sarah             :  Pada pendapat saya, kuih baulu ini disediakan pada hari raya dan hari 
                         keramaian.
Mei Lin           :  Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kuih baulu ini?
Sarah             : Kuih baulu diperbuat daripada telur, tepung gandum dan gula pasir.
Raju               :  Bagaimanakah cara kuih ini dimasak?
Imran              :  Saya melihat nenek saya memasukkan adunan kuih ini ke dalam acuan
                         sebelum dibakar.
Raju               :  Oh ! begitu.
Sarah             :  Kita perlu mempelajari cara membuat kuih ini agar dikenali sepanjang   
                         zaman.






                                                                                                                      Lampiran  2


Baca dan senaraikan kata adjektif  yang terdapat dalam petikan di bawah.

Kuih Baulu
Kuih baulu merupakan sejenis kuih tradisional orang Melayu. Kuih ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang cantik seperti bunga, ikan, kerang dan hati.
Kuih baulu akan mengeluarkan bau yang wangi apabila dibakar dengan bara sabut kelapa. Rasanya sungguh manis dan sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang. Namun begitu, kuih baulu ini juga sungguh enak dimakan begitu sahaja.
Kuih baulu akan menjadi keras jika terlebih tepung. Telur pula perlu dipukul sehingga kembang jika ingin menghasilkan baulu yang lembut dan bermutu tinggi.
Kuih baulu ini akan berkulat, jika tidak dibakar  sehingga betul-betul masak dan garing. Kuih baulu juga tidak boleh disimpan lama dan akan menjadi hapak selepas tamat tempohnya.



Senarai Kata Adjektif






                                                                                                                Lampiran  3
                                                                                    Pentaksiran

Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan yang dibaca.
1.    Apakah bentuk kuih baulu ?
 



2.    Bahan apakah yang digunakan untuk membakar kuih baulu itu?




3.    Apakah rasa kuih baulu ?





4.    Bagaimanakah keadaan kuih baulu jika terlebih tepung?






5.    Apakah akan terjadi jika kuih baulu tidak di bakar sehingga betul-betul masak?






6.    Bolehkah kuih baulu dimakan jika  disimpan lama?



                                                                                                             Lampiran  4
                                                                                                             Pemulihan



Gariskan kata adjektif pancaindera yang betul dalam ayat berikut.



1. Ayah membeli kuih pau yang ( lembut / keras ) itu.


2. Nasi lemak yang dimasak oleh ibu agak ( manis / masin ) kerana

    terlebih garam.


3. Biskut kelapa yang tersimpan lama di dalam bekas itu telah berbau

    ( busuk / hapak ).


4. Bentuk kuih yang  ( cantik / kacak ) dan rasanya yang sedap sering  

    menjadi pilihan pembeli.


5. Kuih akan berbau ( wangi / hapak ) apabila menggunakan daun pandan

sebagai bahan adunan.











                                                                                                              Lampiran  5
                                                                                                     Pengayaan




Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.




          Rakyat Malaysia memang kaya dengan senyuman yang
                                            dan sifat lemah                                       . Kita nampak                                     dan                                     apabila berpakaian tradisional seperti baju kurung dan samfu. Rakyat kita memang sentiasa mengamalkan hidup yang harmonis. Suara kaum wanita yang lembut semasa bercakap memang                                      didengar. Bagi kaum lelaki pula, walaupun mempunyai suara yang                           
sekiranya diungkapkan dengan lembut akan selesa didengar.                                                                                     

0 comments:

Post a Comment