KERTAS KONSEP PERTANDINGAN SYARAHAN

Labels:






SEMPENA PERAYAAN HARI KEBANGSAAN
*************************************************

1.0       Pengenalan
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.


1.1Objektif Pertandingan

1.1.1     Membina keyakinan diri.
1.1.2     Meluaskan pengetahuan.
1.1.3     Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahsa Melayu baku.
1.1.4     Memupuk semangat patriotisme.
1.1.5     Menjana daya saing secara positif.

           
2.0       Peserta                  

2.1       Pertandingan ini dibuka kepada murid tahap dua Sekolah Rendah  rendah bantuan kerajaan.

2.2      Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori seperti berikut :-

a.         Kategori A     :           Pelajar-pelajar Tingkatan IV dan V, Sekolah                                                     Bantuan Kerajaan dan Bantuan Modal,
Sekolah Berasrama Penuh,                                  SM Agama Negeri

b.         Kategori B     :           Pelajar-pelajar Tahap 2 sekolah rendah.






3.0       Peringkat Pertandingan

            Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

3.1       Peringkat Daerah

3.1.1     Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta mengendalikan pertandingan di peringkat ini.

3.1.2     Dua orang peserta terbaik ( seorang peserta sekolah menengah dan seorang peserta sekolah rendah ) hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.

3.2       Peringkat Negeri

3.2.1     Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

3.2.2     Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

3.2.3     Dua orang peserta terbaik ( seorang peserta sekolah menengah dan seorang peserta sekolah rendah ) hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.

3.2.4     Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

3.3       Peringkat Kebangsaan

3.3.1     Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan  Peringkat Kebangsaan.

3.3.2     Dua orang peserta dari setiap negeri ( seorang peserta sekolah menengah dan seorang peserta sekolah rendah ) akan mewakili negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

3.3.3     Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing dan seorang pegawai pengiring.





4.0       Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim dihadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato tidak dibenarkan memperkenalkan diri dan sekolah masing-masing.


4.1       Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan syarahan  masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

4.2      Syarat-syarat Pertandingan

4.2.1     Peserta Kategori A diberi masa 7 minit untuk bersyarah .

4.2.2     Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

4.2.3     Penyampaian syarahan selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan tidak  akan diberi markah.

4.2.4     Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

4.2.5     Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adap dipotong.

4.2.6     Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

4.2.7     Peserta syarahan diwajibkan menggunakan seragam sekolah / pakaian kebangsaan.

4.2.8     Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

4.4       Pemilihan Tajuk

4.4.1   Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk      
 semasa yang tersiar dalam media massa / isu patriotik /
kemerdekaan negara  yang bersesuaian dengan kategori masing- 
 masing.

4.4.2     Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

4.4.2.1        Tajuk syarahan disediakan oleh jawatankuasa pertandingan peringkat kebangsaan.

4.4.2.2        Tajuk syarahan akan dihantar kepada peserta negeri sebaik sahaja semua keputusan peringkat negeri diterima oleh Urus Setia Pertandingan  Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.3        Enam belas peserta setiap negeri bagi Kategori A dan Kategori B dalam pertandingan Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan di bahagi kepada dua kumpulan. Tiga peserta terbaik setiap kumpulan bagi kedua-dua kategori dipilih untuk ke Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan.


4.5        Peraturan Pemarkahan

4.5.1     Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )
             
Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.

                                                Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat – 2 markah
                                                Huraian – 4 markah  
Data / contoh – 3  markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 = 27 markah  +  3 markah takrifan tajuk = 30 markah).


                                    4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )
                                   
Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

                                    4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )

Peserta syarahanakan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.


           

4.6     Panduan Kepada Panel Hakim

4.6.1     Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.

4.6.2     Panel hakim diingatkan agar tidak mengumumkan peserta syarahan yang membaca nota/ teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

4.6.3     Panel hakim perlu membuat keputusan menggunakan sistem juri.

4.6.4   Keputusan panel hakim adalah muktamad.




5.0.      Tarikh Pertandingan

5.1 Peringkat Daerah                                              :          
5.2 Peringkat Negeri                                                            :          
5.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan         :          
Tempat                       :          
5.4 Peringkat Akhir Kebangsaan                          :          
Tempat                       :          

6.0       Hadiah

6.1       Peringkat Negeri

6.1.1   Hadiah bagi pertandingan di Peringkat Negeri ialah :

Kumpulan A                         Kumpulan B
( Menengah )                        ( Rendah )

                        Hadiah Pertama       RM 300.00 Wang Tunai dan         RM 250.00 dan
                                                            Sijil Penyertaan                               dan Sijil

                        Hadiah Kedua          RM 250.00 Wang Tunai dan         RM 200.00 dan
                                                            Sijil Penyertaan                               dan Sijil

                        Hadiah Ketiga          RM 200.00 Wang Tunai dan         RM 150.00 dan
                                                            Sijil Penyertaan                               dan Sijil

                                 2 Hadiah          RM 75.00 Wang Tunai dan            RM 50.00 dan
                                 Sagu hati          Sijil Penyertaan                               dan Sijil


6.2      Peringkat Kebangsaan

6.2.1     Hadiah bagi pertandingan di Peringkat Kebangsaan ialah :-

Kumpulan A                         Kumpulan B
(Menengah)                          ( Rendah )

                        Hadiah Pertama       RM 1,000.00 Wang Tunai, Piala   RM 800.00
                                                            Pusingan, Replika Hadiah                        -  sama  -
                                                            Iringan dan Sijil Penyertaan

                        Hadiah Kedua          RM 800.00 Wang Tunai,                RM 600.00
                                                            Hadiah Iringan dan Sijil                 -  sama  -
                                                            Penyertaan

                        Hadiah Ketiga          RM 600.00 Wang Tunai,                RM 400.00
                                                            Hadiah Iringan dan Sijil                    -  sama - 
                                                            Penyertaan


7.0       Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ahli Jawatankuasa terdiri daripada :-





8.0       Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan bolehlah disampaikan kepada :

                        Urus Setia
                        Pertandingan Pidato Piala Diraja
                        Sempena Perayaan Hari Kebangsaan
                        Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
                        Kementerian Pelajaran Malaysia
                       
                        Fax :    03-8884 9342 (Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum)

2 comments:

  1. az-zahrawi said...:

    Banyak info yg berguna utk dikonsi
    Mohon share
    tqvm

  1. az-zahrawi said...:

    Banyak info yg berguna utk dikonsi
    Mohon share
    tqvm

Post a Comment