Jadual Penentu Ujian (JPU)

Labels:





Pendahuluan
Jadual Penentu Ujian (JPU)  merupakan satu “ blue print” yang dapat membantu guru-guru menyediakan soalan-soalan ujian mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan untuk menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan yang tinggi. Oleh itu, setiap ujian yang disediakan oleh guru memerlukan perancangan yang rapi.



                  Jadual Penentuan Ujian mengenal pasti objektif dan kemahiran yang akan diuji dan pemberatan yang akan diberikan kepada setiap kemahiran. JPU juga memberi gambaran tentang jumlah soalan serta aras kemahiran dalam satu ujian. Justeru itu, guru-guru perlu mereka sebuah JPU sebelum membina item-item soalan dalam sebuah ujian.
                  JPU biasanya mengandungi bilangan soalan yang mengikut aras kesukaran soalan berdasarkan Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian yang akan diuji.


2.0             Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian
JSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom ialah satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid mengikut penyoalan aras rendah kepada penyoalan aras tinggi.  Kesemua tahap perlu diberi penekanan. Dengan itu, guru seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan untuk setiap tahap.
Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk mempunyai lebih banyak isi daripada tajuk lain.  Oleh itu, lebih banyak butiran perlu disediakan untuk tajuk tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk meningkatkan kesahan penilaian. JSU  seharusnya mengandungi data yang berikut, iaitu jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan.





Rajah 2.1 :Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom              
Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian : item aras rendah (menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian). Adalah penting mengambil perhatian bahawa item beraras tinggi bukanlah item sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi berkehendakkan calon menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau kemahiran yang dipilih akan diuji harus padan dengan objektif ujian dan perkembangan kognitif pelajar. Walaubagaimana pun, item-item yang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.

Rajah 2.2 :Pengiraan Bilangan Item Mengikut Topik
Jumlah soalan bagi setiap topik dikira :
= Jumlah Masa                           X       Jumlah Soalan
Jumlah Masa Keseluruhan


Rajah 2.3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4



Penutup
JPU berperanan penting untuk membina soalan ujian dan peperiksaan. Individu atau mereka yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada uijan yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemulihan, pengkelasan atau bimbingan.Oleh itu, penekanan yang sewajarnya perlu diberi perhatian terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian supaya kualiti soalan dan pengurusan carta pentadbiran ujian dan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.                         

1 comments:

  1. Norsa Lisah said...:

    Terima kasih....amat membantu

Post a Comment